Ahad, 13 September 2009

SELAMATKAN ANAK ANDA: CARILAH REZEKI YANG HALAL

Pagi tadi, sewaktu ronda-ronda di bandar, melalui lorong-lorong dua buah kedai nombor ramalan (judi) terdetik di hati; alahai, ramainya orang Melayu-Islam yang membeli nombor! (Dulu orang panggil nombor ekor, sekarang entah apa). Ada beberapa orang yang saya kenal, alahai… tak sangka pula. Ada imej Islam di wajahnya – ada misai dan ada janggut bak janggut orang yang warak je.
Lebih menyentuh hati saya apabila teringat sekarang ini bulan puasa, bulan Bulan Ramadan al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan, bulan pengampunan, dan bulan yang diharap-harapkan dapat mengubah nilai manusia Islam daripada “tidak baik” kepada yang “baik” walaupun sedikit.
Saya yakin, niat mereka adalah untuk menampah rezeki/pendapatan apatah lagi saat-saat menghadapi hari raya. Kita semua memeng memerlukan duit lebih dan perlu menyediakan itu dan ini, terutama untuk orang tersayang. Duit gaji dan bonus yang tidak seberapa tentunya tidak cukup; harga semua barang keperluan memang cukup tinggi sekarang; harga barang sentiasa naik; petrol pun baru sahaja naik! Bagi mereka yang mempunyai tanggungan keluarga, keperluan kewangan kian bertambah, namun pendapatan tetap tidak berubah.
Untuk jalan mudah, pergi mencuba nasib; membeli nombor ekor atau loteri. Itu kerja mudah walaupun haram dan jarang sekali mendapat tuah. Selalu saya ditanya, apa punca anak-anak jadi jahat, belajar bodoh, dan menimbulkan masalah? Antara jawapan saya ialah, anak-anak diberi makan daripada sumber yang haram!
Wahai bapa-bapa, ingatlah selalu; sumber pendapatan yang tidak halal/haram begini mesti dielakkan. Carilah alternatif lain untuk menambah pendapatan. Kalau gaji tidak cukup atau ingin menjadi kaya, bekerja secara sambilan di mana-mana asalkan halal dan tidak mengganggu tugas. Berniagalah! Bukankah perniagaan itu sunah dan punca terbesar rezeki? Sudah lupakah kita bahawa 90% rezeki itu ada dalam perniagaan? Berniagalah wahai orang Melayu, wahai orang Islam!Merdekakanlah ekonomi kita!
Carilah peluang niaga yang mudah, yang tidak memerlukan masa yang banyak, yang tidak memerlukan modal yang besar. Sertailah Redtone Mobile ini. Apa jua masalah atau alasan anda, nyatakan kepada saya. Biar saya bantu anda, tapi ingat, kalau dah kaya jangan lupa Tuhan pulak. Lupa saya tak apa, itu memang lumrah manusia apabila dah kaya lupa kawan. Saya yakin, anda boleh melakukannya dan anda tidak perlu lagi ke kedai nombor ramalan atau mencari sumber yang tidak halal misalnya, buat klim palsu, tipu itu tipu ini …. Selamatkanlah dan kasihanilah anak-anak anda yang lahirnya bagaikan kain putih itu! Janganlah disuapi mulut mereka dengan makanan dari sumber yang haram.
(Dikirim oleh Dr(H) Abu Naim Kassan - http://www.nikmat4u.blogspot.com )

Tiada ulasan: